TIP PENJAGAAN FABRIK

Mengubah Permukaan Sofa

Cuba ubah permukaan sofa anda. Di bawah ke atas dan di atas ke bawah. Ia membantu bahagian kusyen sofa yang tidak sama permukaan. Jika selalu duduk dipermukaan kusyen yang sama, mengubah permukaan kusyen membantu menghalang hama dan serenggan yang menyebabkan punggung gatal.

Bersihkan Tumpahan Air Secepat Mungkin

Sediakan tuala atau kain serap air untuk lap air yang tertumpah. Apabila air tertumpah, anda perlu serapkan air itu, bukannya menggosok, terutamanya air yang berwarna seperti jus. Cuba untuk serapkan air yang tertumpah sehingga kain atau tuala itu tidak lagi menunjukkan serapan air. Selepas itu, bersihkan tompokan sebaiknya.

Hati-hati semasa menggosok kusyen anda, kemungkinan boleh merosakan permukaan.

Guna Pelindung Fabrik

Menjaga fabrik seawal mungkin dan habit penjagaan yang berterusan adalah tip yang terbaik. Ia akan membantu fabrik anda kebal dari kikisan, koyakkan dan tumpahan. Anda boleh dapatkan pelindung fabrik dipasaran dengan mudah dan murah. Tapi periksa arahan pelindung fabrik untuk mengelakkan anda menggunakan pelindung fabrik yang salah untuk fabrik anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *