1. Notis Privasi


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk
mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi
semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami
memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang
diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta
maksud- maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami
mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.


AbdelCuci sangat mengambil berat berkaitan privasi pelanggan kami. Kami hanya
mengambil, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi seperti
yang termaktub di bawah:


Perlindungan data adalah berkaitan isu amanah dan kami mengambil penting privasi anda.
Oleh itu, AbdelCuci hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dalam kaedah yang
digariskan di dalam Notis Privasi ini. Kami hanya akan mendapat Data Peribadi ini
sekiranya perlu untuk kami berbuat demikian bagi melengkapkan urusan kami dengan
anda. Penyimpanan Data Peribadi ini adalah selama mana yang diperlukan dari segi
undang-undang atau selagi berkait dengan tujuan pemerolehan Data Peribadi tersebut.
Anda bebas melayari laman web kami, www.abdelcuci.com, dan juga laman sosial kami,
tanpa perlu memberikan sebarang Data Peribadi anda. Anda kekal sebagai “anonymous”
dan kami tidak boleh mengesan anda melainkan anda mendaftar sebagai ahli di laman web
kami. Selain itu, kami hanya mempunyai akses kepada laman sosial anda apabila anda
memulakan “engagement” seperti “Share/ Like/ Comment”. Akses ini adalah terhad seperti
yang anda telah konfigurasikan di dalam akaun laman sosial tersebut.
Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara
keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan semasa proses tempahan, semasa proses
cucian atau semasa berhubung dengan kami, boleh digunakan dan diproses oleh
AbdelCuci – dimilik oleh Umana Cleaning (SA0413054-P)


Sebarang cadangan atau aduan, sila ajukan ke bahagian khidmat pelanggan kami atau
terus emel ke hai@abdelcuci.com


2. Pengumpulan Data Peribadi


AbdelCuci sama sekali tidak akan menjual, berkongsi atau memperdagangkan Data
Peribadi pelanggan yang kami peroleh secara atas talian (Laman Web, Laman Sosial,
SMS/Whatsapp).
Data Peribadi yang kami peroleh dengan cara ini hanya akan dikongsikan dengan
kumpulan syarikat kami dan juga pihak ketiga untuk tujuan yang dibenarkan di bawah
peruntukan undang-undang Malaysia.

Apabila anda bersetuju untuk menggunakan dan melanggan perkhidmatan kami, Data
Peribadi yang kami perlukan adalah:
– Nama
– Alamat tempat cucian
– Nombor telefon
– Alamat Emel
– Tarikh Lahir (pilihan)
– Jantina (pilihan)


Data Peribadi yang kami peroleh ini akan diguna pakai atau dikongsi di dalam kumpulan
syarikat atau pihak ketiga bagi sebahagian atau kesemua tujuan di bawah:


– Untuk memberikan perkhidmatan yang telah ditempah oleh pihak pelanggan, sama
ada oleh kumpulan syarikat kami atau syarikat lain yang dirasakan layak
menggantikan perkhidmatan kami (sekiranya berlaku kecemasan atau pihak kami
tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan);
– Untuk memaklumkan atau mengemas kini status tempahan atau untuk tujuan
sokongan pelanggan;
– Untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan dan tempahan;
– Untuk memproses tempahan dan menyediakan perkhidmatan yang telah ditempah;
– Untuk membolehkan kami mengurus tadbir akaun yang berdaftar dengan kami;
– Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina akan digunakan
bagi tujuan kajian tentang demografi pelanggan kami dan untuk kami memberikan
cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna
kepada anda. Justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat
laman web dan laman sosial kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang
tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi
sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di
atas.


Semasa kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, sebahagian atau kesemua
perkara berikut akan dilakukan:


– Mengambil gambar barangan yang dicuci;
– Mengambil gambar persekitaran tempat cucian;
– Mengambil gambar bersama pemilik barangan (pilihan).


Informasi ini diambil bagi tujuan:
– Pemasaran dan diguna pakai di dalam laman web dan laman sosial kami;
– Pemantauan kualiti kerja operator cucian kami;
– Bahan bukti hasil cucian oleh operator cucian kami;
– Pembelajaran dan peningkatan kualiti kerja.

3. Mengakses dan mengemaskini data peribadi anda


Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan
mengakses akaun anda di laman web kami di www.abdelcuci.com


4. Keselamatan data peribadi anda


AbdelCuci memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan dengan
selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:



– Mengehadkan akses kepada Data Peribadi hanya melalui kata laluan;
– Menyelenggara produk teknologi unutk mengelakkan akses yang tidak
dibenarkan;
– Menghapuskan Data Peribadi anda secara selamat apabila sudah tidak
diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami


5. Pendedahan maklumat peribadi


Kami tidak akan berkongsi Data Peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada
kumpulan syarikat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan
dengan perlaksanaan perkhidmatan yang telah ditempah pelanggan dan bagi tujuan yang
telah anda beri kebenaran.
Dalam keadaan yang dikecualikan, AbdelCuci mungkin dikehendaki untuk mendedahkan
Data Peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan
untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh
undang-undang Malaysia. AbdelCuci sentiasa komited dalam mematuhi Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar
dengannya.
Jika anda mendapati bahawa privasi anda telah dilanggar oleh AbdelCuci, sila hubungi Wakil
Khidmat Pelanggan dan kami akan menyelesaikan perkara ini.


6. Pemerolehan data komputer yang tidak semestinya maklumat peribadi


Semasa anda melayari laman web dan laman sosial AbdelCuci, pelayan (server) akan
merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web (browser) secara automatik. Data ini
mungkin termasuk:
– Alamat IP komputer anda
– Jenis pelayar web (browser)
– Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum laman web kami;
– Halaman yang anda kunjungi dalam laman web AbdelCuci;
– Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara
dan maklumat yang anda cari di laman web kami, masa dan tarikh akses, dan
statistik yang lain
Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu
laman web dan laman sosial serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini
tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.


7. Hal berkaitan pemasaran


Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta AbdelCuci secara notis
bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses
Data Peribadi anda bagi mana-mana maksud-maksud berikut:
(i) Pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon/emel/surat bagi produk atau
perkhidmatan AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami.
(ii) Mengirim kepada anda menerusi telefon/emel/surat bahan pengiklanan atau pemasaran
AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami.
(iii) Menghantar sistem pesanan ringkas (SMS)/Whatsapp/menggunakan media sosial yang
kami miliki sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran AbdelCuci atau kumpulan syarikat
kami
atau
(iv) Berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun sebarang bahan
pengiklanan atau pemasaran AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami.
Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan
meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan
pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada kami
menerusi pos berdaftar atau emel: hai@abdelcuci.com


8. Pindaan pada polisi kerahsiaan


AbdelCuci berhak mengubahsuai dan meminda Notis Privasi pada bila-bila masa.
Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di laman web kami. Anda patut
memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses laman web AbdelCuci agar anda
dimaklumkan sepenuhnya oleh versi terbaru yang dipakai.


9. Aduan mengenai pelanggaran kerahsiaan


Jika terdapat sebarang isu dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan atau
aduan anda, sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami di 03- 3850 2335 atau emelkan kepada
kami di hai@abdelcuci.com