Inspiration

Karpet IKEA: Reka Bentuk & Pilihan Warna Untuk Bajet Bawah RM2,000

IKEA Carpet

Karpet IKEA sering menjadi pilihan ramai kerana harganya yang mampu milik. Tetapi adakah anda memilih reka bentuk karpet yang sesuai untuk dipadankan dengan sofa di rumah? Bagaimana pula dengan pemilihan warna?

Jika anda sedang mencari karpet dan mempunyai bajet bawah RM2000, ternyata anda telah sampai ke tempat yang tepat! Jom baca dengan lebih lanjut!

1. Karpet IKEA: STOCKHOLM (RM1,499)

Memilih karpet yang sesuai untuk diletakkan pada ruang tamu mungkin agak leceh. Salah satu sebab adalah kerana ingin disesuaikan dengan perabot di rumah. Ataupun, rambang mata dalam memilih pelbagai pilihan karpet di IKEA. Jangan putus asa dulu kerana karpet STOCKHOLM sedia membantu!

Dengan jalur hitam putih yang ada pada karpet dan juga tenunan rata yang kemas membuatkan ia sesuai untuk diletakkan pada ruang tamu dan juga ruang makan.

Karpet STOCKHOLM juga ada dalam pelbagai warna lain. Untuk STOCKHOLM 2017, ada yang berjalur kelabu, sesuai untuk sesiapa yang tidak terlalu meminati jalur hitam putih. Bagi mereka yang inginkan warna yang lebih menyerlah, karpet STOCKHOLM juga ada yang berjalur merah.

Jom kita lihat cara untuk sesuaikan karpet ini di dalam rumah anda.

Semuanya berbeza, tetapi hasilnya sangat memuaskan!

stockholm-2017-rug-flatwoven-handmade

2. Karpet IKEA: BRÖNDEN (RM1,490)

Jika karpet jalur hitam putih bukan pilihan hati, ada juga pilihan karpet dengan warna neutral. Digabungkan bersama dengan ‘trend’ warna terkini.

Karpet BRÖNDEN yang dikait khas dan teliti oleh tukang-tukang mahir daripada India ini dapat membantu mengubah ruang tamu anda menjadi lebih menarik. Dengan pelbagai warna dengan reka bentuk yang unik, karpet ini dapat mengubah suasana ruang di rumah menjadi lebih ceria.

broenden-rug-low-pile-handmade-multicolour
BRÖNDEN Rug Low Pile Handmade Multicolour

Jika anda seorang minimalis, karpet BRÖNDEN juga didatangkan dengan pilihan warna beige. Warna beige mudah disesuaikan dengan apa jua perabot tanpa menjejaskan ‘look and feel’ ruang rumah anda.

broenden-rug-low-pile-handmade-beige
BRÖNDEN Rug Low Pile Handmade Beige

3. Karpet IKEA: HJORTSVANG (RM1,390)

Karpet seterusnya ini adalah antara karpet unik keluaran IKEA. Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza, karpet HJORTSVANG adalah pilihan yang sangat sesuai. Rekaanya unik dan diperbuat daripada bulu biri-biri seperti dijalin. Cukup sempurna dengan warna semulajadi, karpet minimalis ini mampu membuatkan ruang tamu atau bilik tidur anda tampak eksklusif.

Kerpet ini tahan lasak dan sesuai diletakkan di mana-mana ruang. Oleh kerana warnanya yang semulajadi iaitu warna off-white, karpet ini mudah untuk dipadankan bersama sofa mahupun katil.

hjortsvang-rug-handmade-off-white
HJORTSVANG Rug Handmade Off White

Apa pendapat anda dengan pilihan karpet dari IKEA ini? Adakah berpadanan dengan citarasa dan bajet anda?


“Biar Kami Yang Cuci”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *