Inspiration

Karpet IKEA Bajet Bawah RM1,000: 3 Jenis Material & Harga

Di IKEA, terdapat pelbagai jenis karpet yang boleh kita lihat dan pegang. Tetapi tahukah anda setiap satu daripada karpet tersebut mempunyai jenis material yang berbeza?

Haa untuk artikel kali ni, kita fokus pula dengan jenis material dan harga setiap karpet yang ada di IKEA untuk mereka yang mempunyai bajet bawah RM1,000.

1. Karpet IKEA Jenis Poliester:
TYVELSE (RM899)

Selalunya kalau tengah mencari sesuatu karpet, anda mesti mencari karpet yang berwarna ‘neutral’. Betul tak?

Anda bernasib baik kerana Karpet TYVELSE  datang dengan dua pilihan warna iaitu warna ‘off-white’ dan juga warna merah gelap.

Karpet TYVELSE ialah sejenis karpet ‘low pile’ yang sesuai untuk diletakkan di kawasan orang selalu lalu lalang. Karpet yang berukuran 200 x 300 cm ini senang untuk dijaga dan dibersihkan. Oleh sebab itu, ia memberi manfaat kepada sesiapa yang mempunyai alahan kerana alergen yang hinggap pada karpet takkan kekal lama.

Jenis material yang digunakan dalam pembuatan karpet IKEA ini adalah 100% poliester. 90% daripada poliester tersebut adalah daripada botol PET yang dikitar semula. Dengan menggunakan poliester kitar semula ini, ia dapat mengurangkan kegunaan bahan mentah dalam proses pembuatan karpet.

2. Karpet IKEA Jenis Polipropilena:
VINDUM (RM899)

Dengan adanya karpet VINDUM di rumah, anda tidak perlu risau jika sofa anda sudah penuh diduduki oleh orang lain. Tekstur karpet VINDUM yang lembut juga boleh dijadikan sebagai pengganti sofa.

Karpet IKEA yang bersaiz 200 x 270 cm ini mempunyai 3 warna menarik yang berlainan membuatkan ia unik seakan-akan lukisan. Karpet VINDUM  yang diperbuat daripada 100% jenis material polipropilena ini tahan lama dan mudah untuk dijaga kerana polipropilena tergolong dalam serat sintentik. Selain itu, karpet ini juga dapat mengubah sesuatu interior dalam ruang rumah menjadi lebih menarik.

3. Karpet IKEA Jenis Bulu Biri-Biri:
NAUTRUP (RM699)

Sukakan karpet yang boleh melindungi kaki daripada sentiasa terasa sejuk? Karpet NAUTRUP adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Jenis material yang digunakan untuk membuat karpet IKEA ini adalah 100% benang bulu biri-biri pada belah permukaan dan pelapiknya ialah lateks tiruan. Ia juga datang dengan permukaan benang bulu biri-biri pelbagai warna.

Karpet ‘shaggy’ yang berukuran 133 x 175 cm ini juga mempunyai reka bentuk geometri unik yang dapat mewujudkan suasana rumah menjadi lebih segar dan moden. Disarankan untuk memvakum karpet secara berkala, kerana kemungkinan bulu karpet untuk tertanggal adalah tinggi.

Bagaimana dengan pemilihan karpet IKEA kali ini? Menepati ciri-ciri karpet yang anda mahukan?

Sedang mencari inspirasi reka bentuk dan pemilihan warna karpet IKEA apa yang sesuai untuk diletakkan di rumah? Boleh klik di sini.


“Biar Kami Yang Cuci”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *