Terma dan Syarat

Abdel Cuci (ABDEL SDN BHD 1366391-H)

Terma dan Syarat ini terpakai bagi semua pelanggan AbdelCuci yang melakukan tempahan melalui Laman Web, Whatsapp, Facebook, Instagram, telefon, atau e-mel.

Pelanggan dikira bersetuju dengan terma dan syarat seperti berikut;

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN FABRIK, RUMAH DAN DISINFEKSI LEVEL TINGGI

  1. Caj minimum untuk setiap tempahan adalah RM 160.00 per/sesi cucian. Namun begitu, tiada caj minimum bagi servis pembersihan rumah.
  2. AbdelCuci berhak membuat pindaan sebut harga awal sekiranya keperluan pelanggan berubah daripada tempahan asal.
  3. Perubahan harga yang telah mendapat kata sepakat akan dibincangkan bersama pelanggan sebelum kerja dijalankan.
  4. Premis pelanggan selain yang berada di tingkat bawah sebuah bangunan tanpa lif, caj tambahan sekurangnya RM30.00 akan dikenakan. Sekiranya premis pelanggan mengenakan caj parkir kenderaan, pihak AbdelCuci berhak untuk menuntut bayaran caj parkir tersebut kepada pelanggan kami.
  5. Untuk servis pembersihan fabrik, AbdelCuci berhak untuk tidak meneruskan jika bahan yang hendak dibersihkan atau dirawat tidak sesuai untuk dibersihkan atau dirawat. Pihak kami juga tidak akan meneruskan kerja sekiranya sumber air dan elektrik tidak boleh didapati atau terdapat campur tangan ketika kerja sedang dijalankan oleh pelanggan atau mana-mana pihak lain.
  6. Untuk servis pembersihan rumah, AbdelCuci berhak untuk tidak meneruskan kerja jika keadaan rumah adalah berbeza seperti yang telah dimaklumkan kepada wakil pelanggan kami. Pihak kami juga tidak akan meneruskan kerja sekiranya sumber air dan elektrik tidak boleh didapati atau terdapat campur tangan ketika kerja sedang dijalankan oleh pelanggan atau mana-mana pihak lain. Sekiranya keadaan rumah adalah berbeza seperti yang telah dimaklumkan kepada wakil pelanggan kami, pihak AbdelCuci akan menghubungi pelanggan untuk membincangkan langkah seterusnya yang boleh diambil; penambahan masa, penambahan tenaga kerja untuk menyempurnakan kerja pembersihan di rumah pelanggan.
  7. Untuk servis disinfeksi level tinggi, AbdelCuci berhak untuk tidak meneruskan kerja sekiranya sumber air dan elektrik tidak boleh didapati atau terdapat campur tangan ketika kerja sedang dijalankan oleh pelanggan atau manamana pihak lain. Semasa proses dijalankan, pelanggan perlu berada di luar kawasan premis dan hanya memasuki premis selepas 30 hingga ke 40 minit. Pihak Abdel akan memakai PPE lengkap semasa servis dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan mengingkari arahan dan memasuki premis semasa servis disinfeksi dilakukan.

TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN

  1. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3-5 hari sebelum cucian. Pelanggan akan dimaklumkan sekiranya tempahan berjaya.
  2. Pembayaran penuh diperlukan bagi tempahan yang kurang daripada RM5000. Deposit 50% diterima bagi tempahan melebihi RM5000.
  3. Pembayaran perlu dilakukan pada hari yang sama setelah tempahan sesi cucian untuk pengesahan tempahan.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui sistem perbankan dalam talian setelah tempahan sesi cucian untuk pengesahan tempahan.
  5. Bayaran juga boleh dibuat melalui cek yang dibayar kepada Abdel Sdn Bhd setelah tamat perkhidmatan. Jika pembayaran dilakukan melalui cek, pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua caj undangundang akibat daripada cek tidak laku.
  6. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 20 hari dari tarikh invois setelah selesai kerja. Pelanggan yang membuat pembayaran lewat dikira bersetuju untuk dikenakan caj tambahan; iaitu sebarang jumlah yang mewakili kos dalam mengumpul jumlah yang tidak dibayar.
  7. Bayaran yang dibuat hendaklah dalam Ringgit Malaysia

ADUAN DAN TUNTUTAN

  1. Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan perlu melaporkannya dalam tempoh 24 jam selepas perkhidmatan selesai. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pelanggan tidak boleh mendapatkan sebarang pembayaran balik atau pembersihan semula.
  2. AbdelCuci memerlukan kehadiran Pelanggan atau wakil semasa permulaan dan akhir sesi pembersihan supaya pemeriksaan kualiti dapat dijalankan. Jika Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan semasa pemeriksaan, atau dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas perkhidmatan, AbdelCuci akan melakukan pembersihan semula mana-mana kawasan bergantung kepada kekosongan jadual dan kakitangan kami secara percuma.
  3. AbdelCuci tidak akan menerima aduan yang difailkan lebih daripada 24 jam selepas sesi pembersihan.
  4. Aduan yang diterima adalah secara bertulis (surat, e-mel, Whatsapp) atau panggilan. Aduan hendaklah dilaporkan selesai sahaja kerja pembersihan atau dalam tempoh 24 jam.
  5. Barangan yang mudah pecah mestilah dialihkan ke tempat yang selamat oleh pihak Pelanggan. AbdelCuci tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, sekiranya terdapat sebarang masalah perlulah dilaporkan semasa keberadaan kami.
  6. AbdelCuci tidak melakukan kerja-kerja pembaharuan (restoration) kepada barangan fabrik, oleh itu pemulihan warna adalah TIDAK DIJAMIN. Pelanggan perlu memahami bahawa permaidani atau kusyen kelihatan tidak sekata selepas dibersihkan disebabkan haus dan lusuh. Sinaran UV akan menyebabkan warna pudar dan pembersihan tidak boleh mengembalikan semula warna barangan. Kesan tompokan mungkin tidak kelihatan sebelum cucian disebabkan terlindung oleh kotoran dan mungkin tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Operator AbdelCuci akan berusaha sedaya-upaya memberikan hasil yang terbaik tetapi pelanggan diminta untuk mengambil kira limitasi ini yang menjadi kebiasaan dalam semua operasi pembersihan. Hasil cucian mungkin berbeza-beza daripada satu pelanggan yang lain. Ini bergantung kepada faktorfaktor yang mempengaruhi seperti yang dinyatakan di atas.
  7. Sekiranya berlaku kerosakan AbdelCuci akan cuba untuk membaiki barangan atas persetujuan pelanggan.
  8. AbdelCuci berhak untuk tidak bertanggungjawab:
    Sekiranya lewat untuk sesi pembersihan yang disebabkan oleh kesesakan lalu lintas, kemalangan jalan raya, tundaan perkhidmatan disebabkan kerosakan peralatan mencuci, pembersihan tidak sempurna disebabkan gangguan air atau kuasa, ketiadaan bahan/alat pembersihan yang sesuai, dan terdapat pihak ketiga yang menghalang proses pembersihan di tempat pelanggan.

KEPUASAN PELANGGAN

  1. Bersetuju bahawa pelanggan tidak berhak kepada apaapa bayaran balik.
  2. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah dijalankan, aduan perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas perkhidmatan selesai. AbdelCuci berhak untuk melakukan cucian semula pada mana-mana barangan bagi menjamin kepuasan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan mestilah membenarkan cucian dilakukan dan perlu berada semasa proses cucian.
  3. AbdelCuci tidak akan melakukan lebih daripada satu kali cucian semula.

PEMBATALAN

  1. Pelanggan berhak membatalkan tempahan yang dalam tempoh 24 jam sebelum waktu cucian yang telah dipersetujui.
  2. Pelanggan bersetuju untuk membayar 20% daripada sebut harga sebagai caj pembatalan, jika pembatalan atau menukar tarikh dibuat dalam masa kurang 24 jam daripada waktu yang telah dijadualkan.
  3. Pelanggan bersetuju untuk membayar 20% daripada sebut harga sebagai caj pembatalan sekiranya berlaku kes operator AbdelCuci dilarang memasuki permis; tiada orang di premis untuk membenarkan operator menjalankan tugas; tiada air atau kuasa yang ada di premis pelanggan atau terdapat masalah dengan kunci pelanggan.
  4. Pelanggan bersetuju untuk membayar RM20.00 sekiranya tidak hadir dalam tempoh 30 minit daripada masa yang telah dipersetujui. AbdelCuci berhak untuk tidak melaksanakan pembersihan dan penjadualan semula adalah tertakluk kepada proses tempahan baru.
  5. Jika deposit telah dibayar bagi menggunakan perkhidmatan AbdelCuci , pelanggan bersetuju bahawa 20% daripada deposit tersebut boleh digunakan untuk menampung caj pembatalan.

AbdelCuci berhak untuk membuat apa-apa perubahan kepada mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis awal.

Untuk pelaksanaan perkhidmatan, Perlu dibuat diatas talian di laman web kami di www.abdelcuci.com. Untuk rujukan, sila hubungi khidmat pelanggan di 03-3850 2335 atau email kepada hai@abdelcuci.com untuk mengaturkan temujanji.

Walau pun usaha munasabah akan dibuat untuk memenuhi permintaan untuk temujanji, pelaksanaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada had operasi