3 PERKARA YANG ANDA KENA ELAKKAN UNTUK KONDISI TILAM KEKAL TIP TOP SEPERTI BARU

1. Jangan jadikan tilam anda sebagai trampoli. Dont monkey around.

Melompat-lompat memang best, tapi tilam yang tak best. Nak melompat, cuba melompat ditempat lain atau beli terus trampoli. Kesan dari lompat melompat atas tilam akan memendekkan jangka hayat spring dan fabrik tilam. Tilam akan cepat rosak.

2. Praktis selalu bersihkan tilam dengan regular vacuum. Jangan tangguh-tangguh untuk vacuum.

Kondisi tilam yang baik, adalah tilam yang kering dan bersih. Vacuum sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Jika dibiarkan lama, habuk boleh berkampung dicelah-celah fabrik tilam. Semakin banyak habuk, semakin dalam habuk masuk ke dalam fabrik. Lagi susah kita nak maintain kondisi tip top tilam kita.

3. Sesekali buat deep clean

Deep clean yang bagus dilakukan sekali dalam masa 6 bulan – 1 tahun. Deep clean membantu memanjangkan jangka hayat tilam dengan membersihkan habuk dan hama yang berkampung didalam tilam.

Dapat sesuatu?


“Biar Kami Yang Cuci”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *